Resipi untuk berniaga (Alexander's Chocolate-Covered Peanuts)
Resipi Alexander's Chocolate-Covered Peanuts
18 auns coklat batang putih, hancurkan menjadi kepingan
2 cawan cip coklat separuh manis
24 auns kacang tanah kurang masin
CARA MENYEDIAKAN
1. Masak coklat batang dalam periuk menggunakan api perlahan, dan kacau sekali-sekala, sehingga kebanyakannya cair, 5 hingga 10 minit. Kecilkan api Sedikit dan masukkan cip coklat. Masak dan kacau sehingga cair dan adunan berwarna gelap, 5 hingga 10 minit. Boleh menggunakan kaedah double boiled.
2. Tutup api dan masukkan kacang tanah. Letakkan satu sudu pada sekeping kertas minyak untuk menguji tekstur; ia harus tebal dan kental. Jika ia terlalu longgar dan cair, masukkan lebih banyak cip coklat dan kacang tanah. Boleh rujuk gambar diatas.
3. Lapik beberapa helai kertas minyak. Gunakan melon baller untuk mengambil sesudu adunan kacang tanah lalu letakkan ke atas loyang yang disediakan. Biarkan mengeras sebelum dihidangkan, kira-kira 1 jam. Boleh rujuk link sumber dibawah untuk maklumat lebih lanjut
Sumber: allrecipes
Ulasan
Catat Ulasan